3 Ogos 2019 - 17:56
Ulama Saudi Meninggal Dipenjara Akibat Pengabaian Kesihatan

Seorang ulama Saudi yang kritikal terhadap pemerintah dilaporkan telah meninggal dunia akibat komplikasi kesihatan akibat dari pengabaian pihak penjara di mana beliau dipenjarakan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang ulama Saudi yang kritikal terhadap pemerintah dilaporkan telah meninggal dunia akibat komplikasi kesihatan akibat dari pengabaian pihak penjara di mana beliau dipenjarakan.

Kes "pengabaian kesihatan" merupakan sebahagian daripada beberapa siri tindakan keras yang dipimpin oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman terhadap para aktivis pro-demokrasi, para pendakwah dan intelektual Muslim yang berterusan di negara Arab itu.

Kumpulan hak asasi manusia bernama 'Prisoners Of Conscience'yang merupakan pertubuhan bukan kerajaan telah mengumumkan dalam di halaman Twitter rasmi mereka bahawa Sheikh Saleh Abdulaziz al-Dumairi meninggal dunia di penjara Tarfiya yang terletak di bandar Buraydah pada hari Sabtu. -PRESS TV